Skip to main content
Berita TempatanHomeSabahViral

Cadangan Wujud DUN Limbahau Perlu Diperincikan Dahulu

By 3 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Zuraidah Ahmad & Johny George Kimlon (Sabah)

PAPAR, SABAH, 3 Jan (Malaysiaktif) –? Cadangan untuk mewujudkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbahau disambut positif sekiranya ia memberi manfaat sewajarnya kepada masyarakat.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata perkara  tersebut perlu diperincikan sebelum keputusan dibuat.

“Sebagai wakil rakyat, kita melihat perkara ini secara positif sekiranya ia mendapat imbal balas sewajarnya daripada masyarakat Papar itu sendiri.

“Sebelum ini, saya telah memberikan pendapat secara peribadi, tetapi apa pun terpulanglah kepada pihak Dewan Undangan Negeri.

“Agak sukar bagi kami untuk memberi sebarang komen kerana belum mengetahui tentang cadangan, kawasan-kawasan terlibat dan sebagainya.

“Justeru, saya menekankan cadangan tersebut diteliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang penting itu,” katanya.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Majlis Malam Sejuta Bintang, Jasamu Dikenang di Dewan Masyarakat Khamis lepas.

Majlis yang diadakan bagi menghargai jasa mereka yang telah menunjukkan prestasi cemerlang menyaksikan mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Osu Sukam menerima Anugerah Pemimpin Ulung. Beliau diwakili oleh adiknya, Datuk Rosli Sukam.

Selain itu, bintang bola sepak kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahman juga tersenarai sebagai penerima Anugerah Sukan dan Penerima Anugerah Mantan Pegawai Kerajaan disampaikan  kepada mantan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abd Ghani Abd Rashid.

 

Tinggalkan komen anda