Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraEkonomiKedah

BR1M 2016: Pendaftaran Pada Saat Akhir Di LHDNM Sungai Petani

By 3 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mohd Zihan Zari (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 3 JAN  (Malaysiaaktif) — Pada saat-saat akhir 2015 Khamis lepas masih ada pemohon yang mendaftar dan mengemas kini maklumat peribadi untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Apabila dihubungi, Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Cawangan Sungai Petani, Mohd Hamzan Mamat berkata, “setiap hari dari Isnin hingga Khamis kira-kira 500 orang membuat permohonan BR1M 2016 setiap hari, manakala, setiap Ahad lebih ramai, hingga kira-kira 2,000 orang berkunjung ke pejabat LHDN di sini untuk membuat permohonan.

Beliau berkata pembayaran akan dibuat berperingkat kepada pemohon secara ansuran, dengan fasa pertama pada 28 Januari ini.

Dalam pada itu, pemandu teksi, Rusli Razak, 55, dari Kampung Bendang Dalam, Merbok, berkata talian Internet yang lembab di kawasannya, menyebabkan  beliau datang sendiri ke pejabat LHDNM.

Sementara itu, Navinraja a/l Krishnan, 31,dari Taman Nuri, berkata kesibukan tugas menyebabkan beliau tidak berkesempatan untuk mendaftar BR1M 2016 untuk ibunya.

 

Tinggalkan komen anda