Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViral

Naik Taraf Pembetungan Sg. Bunus Terus Cetus Masalah

By 27 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Edawati Sulaiman (Kuala Lumpur)

SETIAWANGSA, 27 Jan (Malaysiaaktif) – Projek naik taraf sistem paip pembetungan di Sungai Bunus yang sering mendatangkan masalah kini mula menghantui penduduk sekitar Jalan Air Panas Setapak.

Seorang aktivis masyarakat, Mohammad Baba Kutthi bersama beberapa orang ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah turun padang pagi tadi untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi tiga isu utama, iaitu kesesakan jalan raya, bekalan air terputus dan keselamatan pejalan kaki yang melintas.

 

pembetungan 1

Projek menyebabkan pelbagai masalah.

 

pembetungan 2

Aktivis masyarakat, Mohammad Baba Kutthi turun padang pagi tadi untuk mencari jalan penyelesaian

 

Sementara itu,  Guru Penolong Kanan SK Jalan Air Panas Haji Hashiki Hashim, berharap agar pihak pemaju akan meningkatkan kawalan keselamatan lalu lintas selain menyediakan laluan khas untuk melintas terutamanya sewaktu pelajar-pelajar pergi dan balik sekolah.

Menurut Ketua Projek Puncak Niaga Sdn Bhd, Ir. Abdul Samad Sulaiman pihaknya memberikan jaminan bahawa kerja-kerja pembentungan di Jalan Air Panas telah mula dilaksanakan sejak Disember lagi dan akan diselesaikan selewat-lewatnya sehingga pertengahan Februari ini.

 

Tinggalkan komen anda