Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHomeSabahViral

Penjualan Borang Permohonan Rumah PPR Putatan Kecoh

By 20 Januari 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohd Shukri Ag.Sarudin & Stephen Jipolin Jouti (Sabah)

PUTATAN, SABAH, 20 Januari 2016 (Malaysiaktif) –? Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk golongan setinggan dan mereka yang berpendapatan rendah sudah tentu menjadi idaman setiap keluarga, terutama yang berpendapatan di bawah RM2,500.

Bagi Daerah Putatan sejumlah 1,196 buah unit rumah ditawarkan. Dari jumlah ini sebanyak 696 unit disediakan di Kampung Ketiau dan sebanyak 500 unit di Kampung Meruntum.

Projek yang dijangka siap sepenuhnya tahun ini mendapat perhatian serius bukan sahaja daripada masyarakat daerah Putatan, malah juga dari daerah lain.

 

PUTATAN1

 

Malangnya proses permohonan yang diadakan Isnin lepas telah dicemari tindakan ganas pemohon yang bimbang borang habis dijual sebelum tiba giliran mereka.

Sebelum ini, pihak Majlis Daerah Putatan (MDPTN) telah mengeluarkan notis makluman bahawa penjualan borang permohonan menduduki rumah PPR Ketiau dan Meruntum akan diadakan di Dewan Sri Putatan.

Pada peringkat awal mereka yang datang ke lokasi berkenaan dikatakan mematuhi peraturan yang ditetapkan dengan beratur mengikut giliran. Bagaimana pun, kemudian kekecohan berlaku apabila segelintir pemohon yang tidak dapat menahan sabar berikutan bimbang borang kehabisan telah bertindak merempuh pintu masuk hingga mengakibatkan kerosakan dan kesesakan lalu lintas.

 

PUTATAN3

 

Seorang pemohon, Rahman Dahlan, 58, berkata sepatutnya pihak PBT lebih mengutamakan penduduk di Parlimen P173 Putatan dengan mengadakan penjualan secara harian di Pejabat Daerah Putatan atau pembelian melalui laman web PBT, sebelum membuka notis milikan secara umum.

Walau bagaimana pun, kekecohan yang berlaku tidak mengakibatkan pergaduhan dan kecederaan serius kerana pihak Polis dan RELA masih dapat mengawal keadaan.

 

Tinggalkan komen anda