
Laporan dan Foto oleh Wan Muhamad Zikri Wan Kamis (Kangar)
KANGAR , 28 Feb (Malaysiaaktif) — Penerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Perlis digesa supaya menggunakan wang tersebut hanya untuk keperluan menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Ini dinyatakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Jafperi Othman ketika berucap mewakili Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man sempena Majlis Penyampaian BR1M bagi Kawasan Parlimen Arau di Dewan Wawasan 2020 di sini hari ini.
Dalam majlis itu, seramai 752 orang menerima bantuan tersebut yang melibatkan peruntukan berjumlah RM244, 550.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang berkata meskipun kerajaan terpaksa menghadapi tekanan berikutan kejatuhan harga minyak dunia, namun kebajikan rakyat perlu sentiasa ditangani melalui, antara lain, bantuan BR1M dan bantuan biasiswa pendidikan.