Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Lima Peniaga Wakaf Che Yeh Rugi Gerai Terbakar

By 12 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Azhar Hj Ismail (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 12 Jan (Malaysiaktif) — Lima peniaga Pasar Wakaf Che Yeh dilanda musibah kebakaran yang memusnahkan semua barangan perniagaan pada pagi tadi.

Kejadian berlaku sekitar pukul 8.30 pagi di deretan khemah gerai yang menjual pakaian, beg, kasut serta aksesori telefon berhadapan Pasar Raya Ceria.

 

20160211230907 (1)

Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat.

 

Menurut laporan akhbar Berita Harian, Ketua Balai Bomba Darulnaim, Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 8.20 pagi sebelum menghantar satu jentera dengan kekuatan tujuh anggota ke lokasi kejadian.

Pihak bomba berkata tiada kemalangan jiwa berlaku dan kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas.

 

Tinggalkan komen anda