Skip to main content
Berita TempatanSabah

KM Meriahkan Sambutan Tahun Baru Cina Wartawan  Sabah

By 21 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh Asmidar Zainol & Johnny Joklis (Sabah)

 KOTA KINABALU, 21 Feb 2016 (Malaysiaktif) –? Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman menghadiri Majlis sambutan Tahun Baru Cina 2016 anjuran Persatuan Wartawan

Kota Kinabalu (KKJA) di Dewan Hakka, Tanjung Lipat petang tadi.

Ketibaan Musa disambut lebih 300 tetamu berserta ahli keluarga KKJA yang hadir memeriahkan sambutan ini.

Beliau turut menceriakan suasana dengan menyampaikan ‘angpow’ kepada anak-anak ahli KKJA serta tetamu yang hadir.

Sementara itu, Pengerusi KKJA, Yong Ted Phen menyeru pengamal media untuk lebih bertanggungjawab dan jujur dalam melaporkan berita.

“kemajuan teknologi dan perkongsian maklumat sangat pantas. Media sosial facebook, whatsApp serta aplikasi lain adalah medium komunikasi utama kini.

Justeru, pengamal media perlu lebih beretika ketika ingin menyiar luas sebarang maklumat di media sosial kerana ia mungkin benar atau sebaliknya.

“penting kepada kita untuk mendapat pengesahan berkenaan maklumat sebelum ianya disiarkan,” katanya lagi.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan penyampai-penyampai Radio Sabah VFM dan persembahan tarian singa.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri di Kementerian Pembangunan Perindustrian, Datuk Raymond Tan Shu Kiah; Menteri di Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar,  Datuk Haji Masidi Manjun; Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Edward Yong Oui Fah serta ahli KKJA.

 

Tinggalkan komen anda