Skip to main content
EkonomiHomeViral

Kosmetik Halal, Perapian Diri Sumbang RM1.7bil Kepada Negara

By 16 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Anuar Ibrahim & Zaharah Ismail (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Produk Halal Kosmetik dan Penjagaan Diri di Malaysia menyumbang RM 1.7 Billion kepada pendapatan negara bagi tahun 2015 mengikut kajian Majlis Halal Malaysia.

Jumlah eksport barangan halal Malaysia yang bernilai RM 31.1 billion ini merupakan hasil kejayaan negara dalam mempromosikan produk halal ke seluruh dunia. Kejayaan negara dalam menghasilkan produk kosmetik berasaskan minyak kelapa sawit telah menarik pelabur asing dalam sama-sama membangunkan produk kosmetik  halal.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan perasmian Forum Kosmetik dan Perapian Diri Halal: Gaya Terkini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini berkata, industri halal dunia yang mencecah sehingga 2.3 trillion Dolar Amerika setahun menunjukkan industri halal diterima dunia dan Malaysia tidak ketinggalan dalam menjana pendapatan dalam industri halal.

Beliau turut menyatakan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan diberi tanggungjawab dalam pemprosesan sijil halal, manakala Majlis Halal Malaysia akan fokus dalam pembangunan industri dan membawa kepada peringkat antarabangsa.

Ahmad Zahid mengucapkan terima kasih kepada Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang turut hadir selaku pihak yang membawa industri halal Malaysia ke peringkat global.

Forum di KLCC yang dirasmikan oleh  Ahmad Zahid Hamidi ini dihadiri oleh kira-kira 2000 orang.

 

Tinggalkan komen anda