Skip to main content
Berita TempatanHomeJohor

KPDNKK Lancar Skim Kawalan Harga Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Johor

By 5 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh: Mazlin Basir  BATU PAHAT, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) semalam telah  menganjurkan Majlis Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina peringkat negeri Johor di Pasar Raya Dian Pang Cash & Carry Sdn Bhd, Batu Pahat.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Johor, Datuk Tee Siew Kiong, kerajaan telah menentukan harga maksimum bagi 13 jenis barangan harga terkawal untuk dikuatkuasakan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2016 di seluruh Johor.

Tambahnya, tempoh pelaksanaan skim ini adalah selama 12 hari, mulai 3 Februari 2016 hingga 14 Februari 2016. Skim ini akan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Turut hadir, ADUN Parit Raja Azizah Zakaria, ahli-ahli perniagaan dan masyarakat setempat.

Mazlin/AH

Tinggalkan komen anda