
Oleh Suhairi Ishak (Johor Bahru)
JOHOR BAHRU, 29 Feb (Malaysiaaktif) — Pentas Muhibbah di Komtar JBCC melakar sejarah apabila Festival Perarakan Chingay di rasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar setelah tidak disambut oleh keluarga DiRaja Johor, 146 tahun yang lalu iaitu pada 1870 .
Festival keagamaan bagi kaum berketurunan Cina ini sememangnya disambut setiap tahun, namun kali ini ianya lebih kepada perayaan kebudayaan bagi kaum Cina.
Dianggarkan sekitar 200 ke 300 ribu orang membanjiri Bandar Johor Bahru bagi menyambut perayaan ini dan menyebabkan kesesakan jalan raya hampir 10 km jaraknya.
Dalam sidang video yang dipancarkan dalam skrin besar di sini, Tuanku Sultan Johor menyeru kepada Bangsa Johor yang berketurunan Cina serta semua bangsa Johor berbilang kaum, agar bersatu demi kepentingan Negeri Johor.
Turut hadir di majlis ini Menteri Besar Johor, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Wee Ka Siong, Presiden Persekutuan Tiong Hua Johor Bahru Tey Kim Chai dan pemimpin pertubuhan NGO’S.