Skip to main content
Berita TempatanSabah

Parti Gerakan Sabah Anjur Sambutan Tahun Baru Cina

By 20 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Eviannie Kin Mei Hoon & Mastim Kiriman (Sabah)

KOTA KINABALU, 20 Feb (Malaysiaktif) –? Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM), Dato’ Seri Mah Siew Keong yakin prestasi parti komponen Barisan Nasional di Sarawak dalam pilihan raya bakal berlangsung pada April depan akan jauh lebih baik berbanding pilihan raya yang lepas.

Katanya, selepas mengadakan beberapa siri lawatan di Sarawak, terdapat perubahan suasana pada rakyat yang sudah mula sedar bahawa parti komponen sentiasa bekerja keras di samping menawarkan lebih banyak inisiatif untuk membantu rakyat.

“Pemimpin PGRM khususnya di Sabah sememangnya mempunyai hubungan kerjasama yang baik dengan komponen parti BN di Sarawak.

Dan sudah pasti PGRM dalam masa dua bulan akan ke Sarawak untuk membantu parti komponen menghadapi pilihan raya kali ini,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui sempena Majlis Perayaan Tahun Baru Cina 2016 di sini, tengah hari tadi.

Turut hadir sebagai tetamu kehormat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan isteri, Datin Seri Panglima Datuk Faridah Tussin.

Pada majlis tersebut, turut diadakan penyampaian angpau kepada 20 kanak-kanak Pesakit Thalassemia.

 

Tinggalkan komen anda