Skip to main content
HomeViral

Bukit Aman Akan Panggil Anak Muhyiddin

By 20 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 20 Feb — Bukit Aman akan memanggil anak lelaki bekas Timbalan Perdana Menteri, Farhan Yassin yang dikatakan cuba menghina pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya memberitahu, tindakan memanggil anak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bagi memberi peluang kepadanya menjelaskan apa yang dimaksudkannya berhubung tindakan mengubahsuai logo pasukan itu.

Gambar logo pasukan itu yang diubah suai dan ditambah gambar uncang duit dimuat naik di akaun Instagram milik Farhan, baru-baru ini.

“@PDRMsia akan panggil Farhan Yassin utk dia jelaskan apa yg dimaksudkan dgn tanda (wang) di Crest PDRM yg beliau siarkan di Instagramnya,” katanya.

Sebelum itu, Farhan mengundang rasa kurang senang di kalangan pengguna media sosial apabila didakwa menghina PDRM dengan memuat naik gambar yang dianggap menghina pasukan keselamatan itu.

 

-ms

Tinggalkan komen anda