Skip to main content
EkonomiHomeViral

Pengambilan Pekerja Asing Termasuk, Bangladesh Dibekukan

By 19 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

KOTA SAMARAHAN, 19 Feb — Kerajaan membuat keputusan untuk membekukan pengambilan semua pekerja asing ke Malaysia, termasuk dari Bangladesh, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Kami menggesa semua majikan untuk mengambil pekerja tempatan,” kata Dr Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, selepas mengedakan pertemuan dengan anggota tentera di Kem Muara Tuang di sini, Jumaat.

Beliau berkata penggantungan itu dilakukan sementara kerajaan mengkaji semula pembayaran levi dua tahap untuk pekerja asing.
Dr Ahmad Zahid berkata pekerja asing tanpa izin sedia ada di Malaysia akan ditahan dan dihantar pulang.

 

-ms

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda