Skip to main content
EkonomiHomeViral

PM Nasihat Peniaga Patuhi Skim Harga Kawalan Musim Perayaan

By 7 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

KUAlA LUMPUR, 7 Feb — Perdana Menteri mahu semua peniaga di seluruh negara supaya mematuhi Skim Barangan Harga Kawalan, khususnya pada musim perayaan seperti yang telah ditetapkan.

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam status terkini laman Facebooknya turut menyeru para pengguna untuk mempraktikkan hak mereka dengan melaporkan mana-mana peniaga yang gagal mengikuti arahan harga kawalan itu kepada pihak berkuasa.

“Semua peniaga di seluruh negara wajib mematuhi harga kawalan yang telah ditetapkan. Sekiranya ada peniaga yang gagal berbuat sedemikian, para pengguna berhak dan harus melaporkannya kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan,” katanya.

Beliau yang mengadakan lawatan sehari ke Labuan semalam turut menyatakan berpuas hati dengan harga jualan barangan harga terkawal di wilayah itu bersempena musim perayaan Tahun Baharu Cina.

KPDNKK telah menetapkan harga maksimum bagi 13 jenis barangan harga terkawal bersempena Tahun Baharu Cina, berkuat kuasa dari 3 hingga 14 Feb ini.

Antara barangan itu ialah ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta organ dalaman), telur, kubis bulat import, bawang putih (China), ikan bawal putih dan udang putih besar.

— BERNAMA
Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda