Skip to main content
Berita TengahHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

Sembilan Rumah Setinggan Musnah Dalam Kebakaran

By 10 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Sazaki Abdul Rahman &  Syaiful Harif Adnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Malaysiaaktif) — Sembilan buah rumah setinggan membabitkan 11 keluarga musnah dalam kebakaran di Jalan Kubur, Pantai Dalam tengah hari semalam.

Menurut Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Penolong Penguasa Bomba, Husaini Mahidin, sebanyak enam jentera bomba bersama 40 anggota dikerahkan dalam operasi memadam kebakaran.

 

kebakaran 9

 

Husaini berkata api berjaya dipadamkan dalam masa 45 minit dan semua mangsa dilaporkan selamat.

Sususan kejadian, Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Utama Raja Nong Chik berkata pihaknya turut bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Wilayah Persekutuan bagi membantu mangsa.

Tambahnya, seramai 46 mangsa akan ditempatkan sementara di Pusat Komuniti Lembah Pantai.

 

Tinggalkan komen anda