Skip to main content
Berita TempatanSelangor

Subramaniam Rasmi Sambutan 100 Tahun Kuil Maha Mariyaman

By 20 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh  B.Tanggamal (Kuala Langat)

KUALA LANGAT, 20 Feb (Malaysiaaktif) — Kuil seharusnya menjadi tempat menanam nilai murni dalam kalangan generasi muda.

Demikian menurut Presiden Kongres India Malaysia (MIC) Datuk Seri Dr. S.Subramaniam, semasa merasmikan majlis sambutan 100 tahun kuil Sri Maha Mariyaman Banting pagi tadi.

Beliau berkata ibu bapa tidak sepatut hanya mencari kesalahan generasi muda, tetapi sebaliknya berganding dengan anak-anak mereka, sementara pihak kuil pula memainkan peranan sebagai agen perubahan supaya anak muda berminat hadir ke kuil dan tidak terjerumus dalam gejala tidak sihat.

Subrmaniam seterusnya berkata belia adalah masa depan negara dan mereka harus diberi peluang untuk membuktikan kebolehan yang ada pada diri.

Sempena majlis yang dihadiri lebih 500 orang ini beberapa program turut diadakan, termasuk tindik telinga percuma, pemeriksaan kesihatan percuma dan pameran oleh agensi-agensi kerajaan.

 

Tinggalkan komen anda