Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

TM Melaka Lupus Aset Untuk Taja Pondok Perhentian Bas

By 29 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka & Mastika Hablum (Melaka)

MELAKA, 29 Feb (Malaysiaaktif) – Telekom Malaysia (TM) Melaka mengambil langkah melupuskan aset bagi menaja sebuah pondok perhentian bas Sekolah Menengah Kebangsaan Ade Putera, di sini.

Sekolah Menengah Kebangsaan Ade Putra mempunyai seramai 635 pelajar dan kebanyakkannya menggunakan pengangkutan awam, seperti bas untuk ke sekolah.

TM Melaka mendapat dana dari pelbagai cabang bagi tujuan pembinaan pondok perhentian bas tersebut dan salah satunya menggunakan kaedah pelupusan aset TM yang tidak digunakan lagi seperti kabinet dan kabel TM.

 

Avv_ORYdHAkZKWmMarKzG0g6ogfnBmxF6kjnPYdZ-il2

 

Pada asalnya, ia merupakan cadangan dan keprihatinan inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tanjung Bidara merangkap Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Hijau dan Inovasi, Datuk Hj Md Rawi Mahmud yang turut merasmikan program ini tadi.

“Dengan hasrat dan sokongan beliau, maka ia berjaya dilaksanakan oleh TM Melaka dengan kerjasama pelbagai pihak dalam menyediakan kemudahan bagi pelajar serta penduduk di sekitar kawasan,” ujar Pengurus Besar Negeri TM Melaka, Datuk Rozlan Mohamed tadi.

Tambah beliau, projek pembinaan ini diletakkan di bawah kelolaan anggota TM berkategori ‘talent’ dimana mereka telah memerah idea dan mengorah langkah dari segi implementasi, manakala Unit Property Management TM telah menyemak prosedur dan langkah seterusnya iaitu pelaksanaan pembinaan pondok perhentian bas ini.

“Adalah diharapkan para pelajar dapat menggunakan kemudahan ini sebaiknya agar ianya terpelihara dan dapat digunakan untuk jangka masa yang panjang,” ujar Rozlan.

TM Melaka turut menyumbangkan cat kepada pihak sekolah bagi mencantikkan tiang garaj tempat letak kereta guru sekolah tersebut dan berharap inisiatif melalui ini TM berada dekat di hati penduduk setempat serta pemimpin disini.

 

Tinggalkan komen anda