Skip to main content
HomeViral

Tun Dr Mahathir Meninggalkan UMNO

By 29 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

PUTRAJAYA, 29 Feb — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO sekali lagi.

Bekas perdana menteri dan presiden UMNO itu membuat pengumuman tersebut dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Dr Mahathir, 90, pernah keluar daripada UMNO pada 19 Mei, 2008 kerana dilaporkan tidak yakin dengan kepimpinan perdana menteri dan presiden UMNO ketika itu Datuk Seri (sekarang Tun) Abdullah Ahmad Badawi.

Dr Mahathir kembali menyertai UMNO pada 4 April, 2009 apabila Datuk Seri Najib Razak menerajui kepimpinan negara dan parti.

Dr Mahathir juga pernah dipecat keanggotaannya dalam UMNO pada 26 Sept 1969 atas sebab-sebab disiplin semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan kembali ke pangkuan UMNO pada 7 Mac, 1972 di era pentadbiran Tun Abdul Razak Hussein.

 

-Bernama

Tinggalkan komen anda