Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

1100 Layak Hadiri Temuduga PPR Tehel

By 10 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Mohd Yusof Hj Abd Samad (Jasin)

JASIN, 10 Mac (Malaysiaaktif) — Seramai 1100 orang pemohon yang layak dan memenuhi kriteria telah dipanggil untuk ditemuduga bagi Projek Perumahan Rakyat(PPR) Tehel dibawah Perumahan Kos Rendah Negeri Melaka.

Temuduga yang bermula dari 7 Mac sehingga esok ini berlangsung di Dewan Japerun Bemban diadakan dalam dua sesi, iaitu pagi bermula pada pukul 9.00i dan petang pukul  2.00.

Menurut Pegawai Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Ahmad Abdullah mereka yang berpendapatan RM2500 ke bawah sahaja layak memohon rumah berharga RM35,000 setelah ditapis secara telus.

Panel Penemuduga bagi PPR Tehel yang terletak dalam DUN Bemban ialah pegawai dari Lembaga Perumahan Melaka, Pejabat Daerah dan Tanah Jasin dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.

 

Tinggalkan komen anda