Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMelakaSains & TeknologiViral

1,500 K1M Mula Pasarkan Produk Dalam Talian

By 17 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

MELAKA, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Lebih 1,500 Komuniti 1Malaysia (K1M) seluruh Malaysia akan diperkasa dengan memaksimumkan penggunaan teknologi maklumat dan diberi pendedahan kepada program-program Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen).

K1M merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) seliaan JaPen yang mengumpulkan para usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dengan membantu ahli komuniti yang telah atau berminat menceburi bidang perniagaan.

“Komuniti 1Malaysia ini mempunyai banyak produk, mereka boleh memasarkan produk tersebut dengan menggunakan teknologi maklumat secara dalam talian,” ujar Pengarah Bahagian Program Khidmat Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia, Hajah Zuraidah Zainuddin.

Tambahnya, sebelum ini JaPen telah mengadakan bengkel dan kursus untuk memantapkan lagi kemahiran pihak komuniti bagi membantu mereka dalam pemasaran produk. JaPen juga kini dalam proses mewujudkan pangkalan data usahawan IKS untuk tujuan promosi dan publisiti.

“Contoh terbaik ialah produk aiskrim embun yang diusahakan oleh Komuniti 1Malaysia Kampung Pokok Sena yang telah berjaya membuka kilang kerana mendapat permintaan tinggi apabila dipasarkan secara dalam talian,” katanya ketika Taklimat dan Transformasi Pelan Tindakan Komuniti 1Malaysia dan Kelab 1Malaysia Zon Selatan di Hotel Kobemas semalam.

pic2

“Kita (JaPen) juga berjaya membuka kedai Komuniti 1Malaysia di Perlis yang berfungsi untuk memasarkan semua produk K1M dan mendapat permintaan yang tinggi daripada masyarakat Perlis,” katanya lagi.

Beliau berharap dengan adanya majlis taklimat tersebut, para Pegawai Penerangan akan berkerjasama dengan K1M di kawasan masing-masing dan dapat membantu mereka dengan program-program yang telah dirancang.

 

Tinggalkan komen anda