Skip to main content
Berita TempatanSabah

Bertindak Satu Pasukan Laksana Amanah Bantu Rakyat – Musa

By 7 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Muhammad Khairul Azad Yunus & Ahmad Maarif Ag.Damit (Sabah)

KOTA KINABALU, 7 Mac (Malaysiaktif) –? Kakitangan awam Negeri dan Persekutuan digesa bekerja sebagai satu pasukan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan untuk membantu rakyat di negeri ini, Kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman ketika merasmikan Majlis Perhimpunan Perdana, Ketua Menteri Sabah Bersama Anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan Tahun 2016, pagi tadi.

Beliau turut mengingatkan kakitangan awam agar tidak terpengaruh dengan hasutan pihak pembangkang yang mendakwa Kerajaan Negeri tidak berbuat apa-apa selama ini.

Justeru, beliau menyelar sikap pembangkang yang bersikap ” buta mata , pekak telinga ” seolah-olah memperkecilkan peranan Kerajaan dan Penjawat awam yang membawa pelbagai pembangunan di Sabah.

“Jika ada pihak tertentu yang mengatakan kita tidak berjuang untuk rakyat negeri Sabah, itu hanyalah persepsi dan bukan realiti.

“Kita tidak perlu takut atau risau kerana segala pembangunan dan kemudahan seperti jalan raya, hospital dan sekolah adalah hasil usaha keras penjawat-penjawat awam di Negeri Sabah,” tegas beliau.

Menyentuh mengenai penurunan kuasa daripada Pusat kepada Kerajaan Negeri, katanya sebagai Ketua Menteri beliau sentiasa berbincang dengan Perdana Menteri dari masa ke masa.

“Perdana Menteri berhasrat untuk menurunkan kuasa kepada Kerajaan Negeri dalam mengurus beberapa bidang yang sepatutnya lebih baik dan praktikal.

“Hal ini memang sedang berlaku dan akan berlaku dan  Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan dan akan meneruskan proses tersebut,” Tambahnya lagi.

Pada majlis yang dihadiri 1,300 penjawat awam itu, Musa  merakamkan penghargaan kepada semua penjawat awam atas khidmat bakti, komitmen, sokongan, bantuan tenaga dan fikiran yang telah diberikan kepada Kerajaan Negeri dan rakyat Sabah.

Turut hadir Menteri-Menteri Kabinet Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Setiausaha Persekutuan Sabah, Ketua-Ketua Jabatan serta warga penjawat awam di Sabah.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda