Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaRencana & PendapatViral

“Speakers’ Corner” Medan Pidato Warga KKMM

By 16 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Syed Muhammad Fauzi bin Syd Mostapa (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 16 Mac (Malaysiaktif) –? Walaupun lambakan media sosial seperti Facebook, Twitter, dan blog menjadi sumber rujukan utama rakyat Malaysia, namun kemahiran interpersonal seperti pengucapan awam tetap penting dalam menyebarkan maklumat.

Lantaran itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengambil inisiatif melancarkan Speakers’ Corner sebagai medium melahirkan pemimpin-pemimpin yang mampu berpidato secara berkesan bertempat di Lobi Utama KKMM, di sini pagi tadi.

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha Dasar, Datuk Mohid Mohamed, program Speakers’ Corner akan dibuka kepada semua warga kerja KKMM termasuklah Jabatan Penerangan Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP). Program ini akan diadakan pada setiap bulan secara terbuka.

Tambahnya, topik adalah bebas dan peserta diberikan selama 10-15 minit untuk bercakap  tentang tajuk umum yang akan dimaklumkan oleh penganjur. Peserta tidak dibenarkan menyentuh sensitiviti politik, bangsa, agama dan individu tertentu.

Program julung-julung kali anjuran KKMM ini telah dimulakan oleh Penolong Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik, Khairul Mahyuddin Areni dengan tajuk Pembudayaan Keilmuan Pembinaan Ketamadunan.

Khairul, 32, yang merupakan bekas pendebat Universiti Putra Malaysia menyeru agar pentas Speakers’ Corner ini dijadikan sebagai lembaran baharu kepada seluruh warga KKMM untuk berkongsi cetusan idea sekaligus meningkatkan keyakinan diri.

Sementara itu, anugerah Pemidato Terbaik akan diberikan pada hujung 2016 berdasarkan undian paling tinggi.

Tinggalkan komen anda