Oleh : Mohd Zamri Bin Abdullah
KOTA BHARU 28 Mac (Malaysiaaktif) – Satu kebakaran telah berlaku berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Yahya Petra menghala ke Kota Bharu. Kejadian yang berlaku antara jam 8.04 minit pagi tadi melibatkan 6 buah premis perniagaan.
Api merebak dengan begitu pantas disusuli tiupan angin yang kuat serta tekanan air rendah menyukarkan usaha memadamkan kebakaran. Api bagaimanapun berjaya dikawal dan dipadamkan sejam kemudian.
Seramai 49 orang anggota terlibat dalam operasi ini yang melibatkan Balai Bomba Pasir Tumboh, Pengkalan Chepa, Tunjong, Kota Darulnaim dan Kota Bharu.
Menurut Pegawai Bomba & Penyelamat Daerah Kota Bharu, Puan Zaini Binti Bidin, tiada kemalangan jiwa berlaku dan punca kejadian serta kerugian masih dalam siasatan.