Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

‘Walkabout ‘ Perdana Menteri Tinjau Jambatan Sg Kanowit

By 27 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Baharruddin (Kanowit)

KANOWIT, 27 Mac (Malaysiaaktif) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan ‘walkabout’ meninjau projek pembinaan jalan dan jambatan merentas Sungai Kanowit sepanjang 2.6 kilometer di sini.

Jambatan yang berharga lebih RM50 juta itu dijangka siap pembinaannya pada Julai 2017 dan seterusnya menawarkan kemudahaan lebih 100,00 orang penduduk di kawasan berkenaan, termasuk penduduk Kapit, Song dan Kanowit.

Menurut Najib projek pembinaan laluan di kawasan tersebut berjalan dengan lancar. Beliau juga memaklumkan apa yang disifatkan sebagai ‘missing link’ akan diuruskan oleh kerajaan sedikit masa lagi dengan pembinaan ‘by-pass’ yang menelan belanja RM150 juta.

Perdana Menteri juga berkata kawasan Kanowit memerlukan usaha bagi memperluaskan pembangunan sebagai pemangkin ruang ekonomi.

 

Tinggalkan komen anda