Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kaunter Bergerak 1JPJ Memudahkan Urusan Orang Ramai

By 18 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh Norlida Abdullah/Mohd Suhaidi Mat Jusoh/Yuslina Ibrahim

PASIR MAS, 18 Mac (Malaysiaaktif) – Masyarakat di sekitar Bandar Pasir Mas melahirkan rasa terima kasih kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menempatkan kaunter bergerak 1JPJ di hadapan Pasaraya Pantai Timur Pasir Mas mulai jam 8.00 pagi sehingga jam 3.00 petang semalam.

Kaunter ini dibuka kepada orang ramai yang ingin berurusan dengan pihak JPJ. Antara perkhidmatan yang disediakan kepada orang ramai adalah bayaran saman baharu, memperbaharui lesen kenderaan dan pemeriksaan saman. Seramai empat orang anggota JPJ dari Pejabat JPJ Panji, Kota Bharu telah membantu orang ramai dalam permasalahan mereka dengan pihak JPJ.

Program kaunter bergerak 1JPJ adalah bertujuan untuk memudahkan orang ramai berurusan dengan pihak JPJ dan program ini sebenarnya telah dilaksanakan sejak tahun 2011 lagi. Tumpuan kaunter bergerak 1JPJ ini adalah disekitar kawasan tumpuan orang ramai dan sejak dari ia dilaksanakan, ia telah mendapat maklumbalas yang positif dari pelbagai pihak.

Sehingga jam 12.00 tengah hari, sebanyak 34 orang telah hadir untuk memeriksa saman dan memperbaharui lesen kenderaan. Walaubagaimanapun tiada transaksi berkaitan pembayaran saman dibuat setakat ini.

“Hasrat kerajaan dalam memberikan perkhidmatan terbaik  kepada orang ramai dalam pelbagai urusan dapat dilihat dengan wujudnya kuanter bergerak 1JPJ ini. Selain memudahkan orang ramai untuk berurusan, ia juga dapat menjimatkan masa kami, “ujar Alias Awang Adek 55, selepas menggunakan perkhidmatan kaunter bergerak 1JPJ di sini.

Kaunter bergerak 1JPJ seterusnya akan bergerak ke Machang pada hari ini dan seterusnya ke daerah-daerah lain di Negeri Kelantan.

Tinggalkan komen anda