Skip to main content
Berita TimurKelantanViral

Jambatan Keretapi Kemubu Siap Sepenuhnya

By 18 Mac 2016Mac 20th, 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Samsuri bin Mamat @ Mohamed (Kuala Krai)

KUALA KRAI, 18 Mac ( Malaysiaaktif) – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memulakan percubaan ke atas Jambatan Kemubu setelah kerja membaik pulih jambatan keretapi yang rosak dilanda arus kuat semasa banjir 2014.

Presiden KTMB, Left Kol (B) Sarbini Tijan berkata, projek berkenaan melibatkan lima fasa bernilai RM17.5 juta dan dijangka mengambil masa 15 bulan bermula Oktober 2015 dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember tahun ini.

Walau bagaimanapun, projek ini dapat disiapkan dalam jangka masa yang singkat, iaitu enam bulan berbanding sasaran awalnya 15 bulan.

Projek membaik pulih jambatan dan trek landasan itu bertujuan memberi kemudahaan dan keselesaan kepada masyarakat di pedalaman Kelantan yang sering menggunakan perkhidmatan keretapi.

Selain trek landasan keretapi, jambatan tersebut turut dilengkap laluan pejalan kaki dan motosikal untuk kemudahan penduduk berulang alik antara Kampung Kemubu dan Kampung Bertam.

Dengan siapnya jambatan ini, tren dari Tumpat ke Johor Bharu dan Singapura akan boleh beroperasi sedikit masa lagi selepas mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Sebarang perkembangan terbaru akan dimaklumkan oleh pihak KTMB dari semasa ke semasa.

 

Tinggalkan komen anda