Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Lebih 200 Kanak-Kanak Sindrom Down Diraikan

By 24 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka / Rosidah Saarani (Melaka)

MELAKA, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Lebih 200 kanak-kanak menyertai sambutan Hari Sindrom Down  di sini hari ini.

Exco Wanita, Pembangunaan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Negeri Melaka, Datuk Latipah Omar berkata, selain memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai golongan Sindrom Down, hadirin juga dapat informasi mengenai pertubuhan dan badan-badan yang membantu golongan ini.

“Sambutan seperti ini menunjukkan kita mempunyai kesedaran serta soladariti dengan masyarakat anyarabangsa untuk menghargai dan menyayangu golongan sindrom down dalam kalangan kita,” ujarnya.

 

20160323222452 (1)

 

Tambah beliau, golongan sindrom down ini sangat sukakan aktiviti yang menghiburkan serta boleh manjalani kehidupan dengan intervensi dan juga pendidikan yang menepati konteks kehidupan mereka.

Menurut bapa kepada anak Sindrom Down Badli Isham, 51 anak beliau Ilham Mirza Badli, 6 merupakan seorang yang lebih berdikari berbanding dua orang abang beliau yang normal dan juga seorang yang pembersih.

“Sangat mudah menjaga Mirza berbanding dua anak yang lain, apa yang penting sebagai ibu bapa harus peka dengan minat yang mereka gemari dan Mirza sangat gemarkan bidang peragaan,” ujar Badli ceria.

Beliau yang juga pengendali laman Facebook ‘Bunga-bunga Syurga’ berkata kumpulan itu mempunyai pengikut lebih 900 orang dari seluruh Malaysia, termasuk Indonesia dan Brunei yang saling berhubung dan berkongsi maklumat mengenai Sindrom Down.

“Kami saling memberi semangat dan panduan dalam kumpulan tersebut mengenai penjagaan anak-anak Sindrom Down dan kami bakal mengadakan pertemuan ke lima tahun ini pada November akan datang di Ipoh, Perak,”jelasnya.

Beliau ditemui Malaysiaaktif dalam Program Sambutan Hari Sindrom Down Sedunia di Mahkota Parade, Melaka. Antara aktiviti yang diadakan termasuk bowling dan pakaian beragam.

Tinggalkan komen anda