Skip to main content
Home

Jangan Lupa Kaedah Tradisional Ketika Membaca – Jailani

By 24 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Oleh Syed Muhammad Fauzi Syd Mostapa (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 24 Mac (Malaysiaktif) –? Semakin hari semakin ramai penulis yang menggunakan media sosial untuk melontarkan pendapat masing-masing. Namun kredibiliti mereka ini sering dipersoalkan berbanding penulis buku yang melakukan pelbagai kajian sehingga buku mereka diterbitkan.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Jailani Johari, jangan sesekali lupakan kaedah tradisional pada era digital ini.

Tambahnya, buku merupakan karya penulis bertauliah yang perlu diberikan perhatian berbanding media sosial yang boleh ditulis oleh sesiapa sahaja.

 

IMG_8300

 

Jailani berkata demikian ketika melancarkan Bank Buku 3B atau Baca Bersama Bernama di lobi KKMM pagi tadi.

Bank Buku 3B berusaha untuk menggalakkan masyarakat menyumbang buku yang telah dibaca ke peti Bank Buku yang disediakan di lobi KKMM, agensi di bawah KKMM, cawangan Bank Rakyat dan premis rakan strategik 3B.

Menerusi Kempen 3B ini, masyarakat Malaysia akan lebih terdedah kepada budaya membaca selain menambah ilmu pengetahuan.

Kempen 3B merupakan anjuran Bernama bersama Perpustakaan Negara Malaysia, Persatuan Pustakawan Malaysia, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Kuala Lumpur, Pusat Sumber KKMM, Perpustakaan Bank Rakyat, Perbadanan Kota Buku, AKRAB KKMM dan InfoLibs News Bernama.

Pada majlis yang sama Jailani turut melancarkan Logo Kejohanan Golf Amal Merdeka Trofi Sehati Sejiwa yang berusaha untuk mengumpul dana menjayakan kempen 3B.

 

Tinggalkan komen anda