Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanEkonomiHomeMelakaViral

Melaka Sertai Expo Pelancongan ITB Berlin 2016

By 8 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Diolah oleh  Fauzrina Hj Bulka (Melaka) / Foto Datuk Lai Meng Chong

MELAKA, 8 Mac (Malaysiaaktif) — Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron malam tadi berlepas ke Jerman untuk menghadiri Expo Perdagangan Pelancongan ‘Internationale Tourismus-Börse (ITB) 2016 dari 9 hingga 13 Mac. Beliau antara 38 perwakilan dari Malaysia.

Beliau memberitahu ‘Melaka Hari Ini’ bahawa ITB Berlin merupakan platform terbaik, selain World Travel Market (WTM) London yang disertai Malaysia pada setiap tahun dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negara.

Sebagai antara ekspo utama bagi sektor pelancongan dunia, ITB 2016 yang mula diadakan pada 1966 mengumpulkan lebih 50,000 jemputan khas, 115,000 ahli perniagaan, 850 pembida, 23,000 peserta konvensyen, selain menteri kerajaan dari seluruh dunia dan media antarabangsa.

Unjuran hasil ITB 2016 dianggarkan melebihi 6.7 bilion Euro.

“Kerajaan negeri mengambil kesempatan melancarkan aplikasi pelancongan pintar yang pertama di Melaka, iaitu Destination Melaka dan Pra-Pelancaran Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2016 yang akan dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz,” katanya.

Tinggalkan komen anda