Skip to main content
HomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Malaysia Corak Kebebasan Media Tersendiri – Peguam Negara

By 26 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh: Aimi Huwaina (Putrajaya) / Foto NST

KUALA LUMPUR, 26 Apr (Malaysiaaktif) – Kebebasan bersuara dan kebebasan media di Malaysia sering dipersoalkan.

Menurut Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, ketegasan Malaysia untuk mencorak kebebasan media mengikut acuan tersendiri disalahertikan masyarakat antarabangsa.

“Sering kali Malaysia dikecam sebagai sebuah negara yang tidak mendukung prinsip demokrasi yang bertunjangkan hak asasi manusia.”

Tegas Apandi, apa yang sesuai untuk sesuatu negara lain tidak semestinya sesuai untuk negara ini.

Tambahnya, Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang menetapkan sekatan terhadap kebebasan bersuara dan media.

“Kuasa yang ada pada media dalam mempengaruhi orang awam wajar digunakan dengan bertanggungjawab bagi memajukan agenda nasional untuk memelihara ketenteraman awam dan kesejahteraan umum dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.”

Sementara itu, Indeks Kebebasan Akhbar 2016 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders telah menempatkan Malaysia di tangga 146 daripada 180 negara yang disenaraikan, meningkat satu anak tangga daripada 147 pada tahun lalu.

Kedudukan Malaysia adalah lebih rendah daripada beberapa negara di rantau ini seperti Myanmar di tangga 143, Filipina 138, Thailand 136, Indonesia 130 dan Cambodia 128.

Pada tahun ini, skor Malaysia turut mencatatkan kemerosotan dengan 46.57 mata berbanding 43.29 mata tahun lalu.

“Pada tahun 2015, The Reporters Without Borders turut melaporkan bahawa dua pertiga daripada negara-negara yang dikaji menunjukkan kelembapan dalam kebebasan media, termasuk negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Singapura.”

Apandi berkata demikian semasa majlis Luncheon Talk Peguam Negara Bersama Editor dan Pengamal Media, anjuran bersama Malaysian Press Institute (MPI) dan Institute of Journalism Studies, Universiti Teknologi Mara di sini, hari ini.

-AAS

Tinggalkan komen anda