Oleh Muhammad Azrul Hafiz Mohd Nazri (Langkawi)
LANGKAWI, 19 Apr (Malaysiaktif) — Tidak, bukan kerana ekonomi meleset atau ketidakcukupan pendapatan hingga memaksa Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad menjual burger dengan harga hanya RM1 semalam seperti direncanakan, tetapi sebaliknya diedarkan percuma .
Menurut beliau, apa yang dilakukan sebenarnya merupakan antara pendekatan untuk mengukuhkan silatullarhim di antara pemimpin dengan masyarakat setempat.
Menurut mereka yang berada di lokasi di Kampung Kuala Teriang, Padang Mat Sirat, Nawawi berjaya memasak dan mengagihkan burger ‘air tangannya’ secara percuma kepada seramai 300 pengunjung pertama. Harga jualan biasa ialah di antara RM3.50 hingga RM5.00.
Seorang pengunjung, Taufik Razadi, 42, berkata beliau rasa bertuah dapat menikamti burgeritu, dan mengucapkan terima kasih kepada Nawawi.
Disebabkan burger ‘awal’ edisi terhad yang bukan jenis burger ‘bujang’, tetapi siap dengan ‘garnishing’ mayonis dan telur, maka tidak hairanlah melihat lebih 400 orang datang ke gerai burger yang hanya dikenali sebagai Gerai Burger Simpang Tiga itu.
Menurut Nawawi, semua bahan mentah untuk menyediakan burger berkenaan ditaja oleh beliau sendiri.
Ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Teriang turut membantu usaha tersebut yang merupakan sebahagian daripada Program Santai Orang Muda Parlimen Langkawi.