Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeMelaka

Kampung Bukit Payung Pilih Tok Batin Baru

By 15 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Noraidah Md Seh

ALOR GAJAH, 15 Apr (Malaysiaaktif) ā€“ Satu pilihan raya kecil bakal diadakan bagi memilih Tok BatinĀ baharu untukĀ menerajui kemajuan lebih 500 orang asli di Kampung Bukit Payung, Taboh Naning berikutan kematian mantannya, Bata Wahid, 92, pada awal tahun ini akibat sakit tua.

Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Melaka/Negeri Sembilan, Azrim Abd Rahim telah menyampaikan taklimat mengenai garis panduan syarat-syarat pemilihan atau penamatan untuk memilih batin atau penghulu kampung berdasarkanĀ ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh JAKOA.

OA2

 

Menurut Azrim, proses pemilihan tersebut perlu menjalani dua peringkat.

“Peringkat pertama perlu mengundi sama ada pemilihan melalui keturunan iaitu yang bermaksud calon adalah anak, cucu atau cicit mantan ataupun secara pengundian iaitu pemilihan calon secara rawak yang difikirkan layak,” ujarnya.

“Setelah peringkat pertama selesai,Ā dalam peringkat kedua, masyarakat perlu mencadangkan seramai lima orang calon,” ujarnya.

Tambahnya lagi, pemilihan serta pengundian tersebut hendaklah dilakukan dengan lebih telus dan teliti oleh masyarakat setempat agar memilih ketua yang benar-benar sesuai serta bertanggungjawab.

Sementara itu, Pengerusi Komuniti 1Malaysia Bukit Payung, Mohd Irwan Redzuan Abdullah, 39, Ā berkata pemilihan tok batinĀ tersebut merupakan pengalaman pertamanya kerana proses pemilihan yang agak unik.

Seramai lebih 100 orang hadir dalam taklimat yang diadakan pada Selasa lalu. Peringkat kedua pilihan raya kecil iniĀ akan diadakan pada 11 Mei nanti. Dianggarkan, lebih 200 orang penduduk yang layak mengundi.

 

-DZ/AH

Tinggalkan komen anda