Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeMelaka

Kerajaan Negeri Melaka Sambut Baik Program Jom Membaca

By 15 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 15 Apr (Malaysiaaktif) ā€“ Kerajaan Negeri Melaka menyambut baik usaha Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) bagiĀ meneruskan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit pada 25 April ini.

Program yang memasuki tahun ketiga penganjurannya ini dijalankan secara serentak di seluruh negara. Seramai 137,863 penyertaan berjaya direkodkan pada tahun 2014 dan jumlah itu meningkat pada 2015 dengan 158,649 orang.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berasa amat gembira dengan pencapaian itu dan berharap peningkatan tersebut akan berterusan pada tahun ini.

“Semoga peningkatan yang positif ini berlaku pada setiap tahun penganjuran, agar usaha kita untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan berpengetahuan tinggi sertaĀ maju dalam semua perspektif pemikiran, seiring dengan aspirasi Melaka Maju Fasa 2,” ujar Idris dalam video perutusan khasnya yang dimuat naik dalam laman Facebook PERPUSTAM pada Selasa.

Menurut Pengerusi PERPUSTAM, Datuk Amirudin Yusof, program ini bertujuan untuk mendorong pendudukĀ negeri iniĀ membaca, dengan langkah awal selama 10 minit, sebagai tanda komitmen terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.

“Saya berharap orang ramai akanĀ  dapat menghantar gambar membaca mereka, sama ada secara bersendiri atau berkumpulan kepada pihak PERPUSTAM dan memaparkannya di laman sosial Facebook, Twitter atau Instagram masing-masing sebagai tanda sokongan terhadap program ini,” katanya.

Seruan membaca selama 10 minit itu akan bermula pada pukul 11.00 pagi.

 

-DZ/AH

Tinggalkan komen anda