Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Karnival Usahawan Seri Iskandar 2016 Lebih Meriah

By 2 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Andi Abdul Rohim (Seri Iskandar)

SERI ISKANDAR, 2 Apr (Malaysiaaktif) — Karnival Usahawan Seri Iskandar yang memasuki siri ketiga tahun ini lebih meriah apabila disokong lebih 30 penaja dan mampu menarik kira-kira 3,000 orang pengunjung.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bota, Datuk Nasaruddin Hashim ketika merasmikan karnival ini, pemilihan Bandar Seri Iskandar  sebagai lokasi sangat tepat.

“Bandar Seri Iskandar sedang membangun dengan pesat, termasuklah pusat perniagaan yang dapat membantu perkembangan peniaga tempatan,” kata beliau.

0e1db6c2-45cb-4377-bcb9-f78682adf501

 

Pengusaha francais Agros Coffee cawangan Perak yang menjual kopi dan Soda Detox, Zainab Nazri, 30, berpendapat karnival ini membantu usahawan muda sepertinya mengembangkan perniagaan. Kebiasaannya, Zainab menggunakan media sosial untuk mempromosikan produknya.

“Menerusi karnival ini secara tidak langsung saya dapat bertemu pengunjung dan mendapatkan maklum balas terus daripada mereka,” kata Zainab.

 

6d3052c9-18b2-4421-8c51-933f7696d350

 

Adizul Azle, 31, dari Manjung berpendapat program yang diadakan hari ini begitu meriah. Pengunjung dapat membeli barangan daripada pengusaha produk, selain menyertai pertandingan mewarna, pertandingan memasak berpasangan, ceramah agama dan pelbagai aktiviti menarik.

Karnival tiga hari bermula 1 hingga 3 April ini anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui Kolej Profesional MARA Seri Iskandar.

Ia diadakan selari dengan dasar penubuhan MARA yang bertujuan meningkatkan kemajuan dan pembangunan usahawan supaya jurang ekonomi luar bandar dan bandar seimbang.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda