Skip to main content
Berita TempatanSabah

Lebih 3,000 Penjawat KUP di Sabah Naik Pangkat

By 28 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Zuraidah Ahmad & Taulani Hamzah (Sabah)

KOTA KINABALU, 28 Apr (Malaysiaktif) –? Lebih 3,000 penjawat awam Khas Untuk Penyandang (KUP) di negeri ini menikmati kenaikan pangkat menerusi prinsip ‘Time-Based’ Berasaskan Kecemerlangan.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS), Datuk Ismail Awang Besar, berdasarkan kaedah tersebut, tempoh kenaikan pangkat KUP juga telah dipendekkan dari 15 tahun ke 13 tahun dan mengambil kira penilaian kecemerlangan pegawai.

Dengan perkembangan itu, kata Ismail, di Sabah terdapat lebih 1,000 penjawat awam dalam jawatan flexi turut menikmati kenaikan pangkat daripada Gred 41 ke Gred 44 pada tahun ini.

“Jawatan flexi ialah apabila seseorang sudah mencapai tempoh perkhidmatan lapan tahun setelah disahkan, secara automatic, dan akan dinaikkan ke gred 44.

“Dalam hal ini, prestasi sangat penting untuk kita bantu dalam urusan kenaikan pangkat,” ujarnya.

Tambah Ismail, pihaknya meluluskan tidak kurang daripada 300 kenaikan pangkat setiap tahun dan kini seramai 16,000 pegawai berada di bawah pengawasan suruhanjaya itu.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu 15 pegawai akan bersara pada tahun ini termasuk pegawai-pegawai JUSA, katanya selepas membuat kunjungan hormat terhadap Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, di Istana Negeri, semalam.

Duta Besar Jepun di Malaysia, Makio Miyagawa turut membuat kunjungan yang bertujuan untuk merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas bantuan yang diberikan kepada warga Jepun yang terlibat dalam musibah gempa bumi tahun lalu.

Makio juga membincangkan kerjasama dalam isu keselamatan dan memaklumkan kehadirannya pada Majlis Koktel sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-82, pada Khamis ini.

SF

Tinggalkan komen anda