
Oleh Mohamad Zairi Mohamad Zain / Jaitripta Kaur a/p Gajit Singh
HULU LANGAT, 28 April (Malaysiaktif) – Arjuna Sakti merupakan nama kumpulan yang benar-benar memberi ‘kesaktian’ kepada SMK Tinggi Klang. Ini kerana sketsa mereka, ‘Pahlawan kita’ muncul juara dalam Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1 Malaysia Peringkat Negeri Selangor 2016.
Dengan kemenangan ini kumpulan Arjuna Sakti membawa pulang hadiah wang tunai RM1500.00 beserta trofi dan sijil.
Naib Johan dimenangi oleh SMK Abdul Jalil, Hulu Langat yang mendapat wang tunai RM1000 beserta trofi dan sijil, manakala tempat ketiga dimenangi oleh SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang, Mereka menerima wang tunai RM500.00 beserta trofi dan sijil .
Sketsa berkisar semasa penjajahan Jepun di Tanah Melayu itu membawa mesej kesedaran kepada penonton tentang semangat perpaduan yang memerlukan penyatupaduan pelbagai kaum bagi mempertahankan kedaulatan Raja dan tanah air.
Pertandingan yang berlangsung di Dewan Dato’ Engku Rani, SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang ini disertai lapan buah sekolah dari sekitar negeri Selangor.
Ia dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Selangor dirasmikan oleh pengarahnya, Norbaya Jamaluddin.