Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViral

Media Perlu Lebih Tanggungjawab – Peguam Negara

By 26 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Aimi Huwaina (Putrajaya) /Foto: Diyana Zamri

KUALA LUMPUR, 26 Apr (Malaysiaaktif) – Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini menyeru pengamal media supaya lebih bertanggungjawab.

“Para pengamal media perlu sedar bahawa kuasa yang digalas melalui mata pena dan papan kekunci komputer masing-masing perlulah dipikul dengan penuh tanggungjawab.”

Tambahnya, setiap patah perkataan perlu dibuat dengan penuh berhemah, teliti dan tepat.

“Suatu pelaporan dan penerbitan yang tidak tepat yang sudah tersebar meluas boleh menyebabkan kerugian, kekacauan dan ketidakharmonian yang tidak boleh diperbaiki. Walaupun suatu pelaporan yang salah boleh diperbetulkan, namun sering kali kerosakan telah pun berlaku,” tegas beliau.

Menyentuh tentang ketirisan maklumat terkelas yang semakin meningkat, Apandi mengingatkan pengamal media supaya tidak memiliki ataupun menerbitkan apa-apa berita yang mengandungi rahsia rasmi kerajaan.

“Suka saya tekankan, selain tindakan jenayah yang boleh diambil, seseorang pengamal media juga boleh diambil tindakan sivil di bawah Akta Fitnah 1957 dan diarah untuk membayar pampasan sekiranya terbukti bahawa sebarang laporan atau penerbitan yang dibuat berunsur fitnah dan telah mengakibatkan reputasi mana-mana pihak terjejas akibat pelaporan tersebut.”

Apandi berkata demikian semasa majlis Luncheon Talk Peguam Negara Bersama Editor dan Pengamal Media, anjuran bersama Malaysian Press Institute (MPI) dan Institute of Journalism Studies, Universiti Teknologi Mara di sini, hari ini.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda