Skip to main content
Berita TempatanEkonomiJohor

Jana Pendapatan Melalui ‘Instant Shawl’

By 28 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zahairi Ahmad Zabidi & Mohd Hanif Ahmad (Mersing)

MERSING, 28 Apr (Malaysiaaktif) – Pemakaian ‘instant shawl’ atau selendang segera, kian menjadi trend. Selain memudahkan dan menyerlahkan gaya si pemakai, ia juga dapat menjimatkan masa.

Sehubungan itu bagi menampung permintaan, seramai 20 orang suri rumah dan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tidak bekerja telah menyertai Kursus Jahitan Instant Shawl di Mini RTC Air Merah, di sini semalam.

Kursus ini secara langsung dapat mempromosikan Mini RTC Air Merah sebagai Pusat Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan (One Stop Centre) kepada penduduk Mersing, sejajar dengan slogan terbaru Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui RTC ini iaitu “Membandarkan Luar Bandar”.

Melalui kursus jahitan anjuran Mini RTC Air Merah ini, para peserta dibimbing oleh Tenaga Pengajar dari Giat Mara Daerah Ledang.

Peserta diajar teknik mudah untuk membuat ‘instant shawl’ supaya dapat memajukan diri dan keluarga dengan menjadikan ilmu jahitan ini sebagai sumber pendapatan.

 

– AH

Tinggalkan komen anda