Skip to main content
Berita TempatanHomeSabahViral

PM: Pan Borneo Hanya untuk Kontraktor Tempatan

By 25 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 Oleh: Yahya Abdul Rajak, Muhammad Khairul Azad Yunus, Sidin Lahamat, Shahvian Muhammad Razali & Johny George Kimlon (Sabah)

PAPAR, 25 Apr (Malaysiaktif) –? Projek pembangunan Jalan Pan Borneo Sabah sepanjang 1,236 kilometer akan dibangunkan hanya oleh kontraktor tempatan Sabah.

Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa melancarkan Majlis Pelaksanaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Syarikat Borneo Highway PDP Sdn Bhd (BHP) di Kg. Andus, Papar semalam.

Menurut Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman, pelancaran ini akan memberi manfaat besar kepada seluruh rakyat Sabah umumnya.

“Projek ini bukan setakat menaik taraf jalan raya kepada lebuh raya semata-mata tetapi merupakan pemangkin kemajuan ekonomi Sabah.

Tambahnya, pembinaan lebuh raya ini merangsang ekonomi, memudahkan pemasaran hasil produk pertanian, menggalakkan penggunaan pelbagai produk pelancongan, merangsang pembangunan berterusan seluruh daerah, meningkatkan nilai tambah tanah penduduk, dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan

“Pan Borneo bukti komitmen kerajaan untuk terus mempertingkat dan memperkukuh pembangunan infrastruktur di negeri ini.

“Pembinaan lebuh raya itu juga merupakan usaha bagi melengkapkan jaringan lebuh raya Sabah dan Sarawak dengan matlamat membina jalan raya yang lebih selamat, ujar Musa lagi.

Sementara itu, Najib menyatakan bahawa projek Pan Borneo ini merupakan projek yang berimpak besar kepada Sabah.6Perasmian PAN BOERNO (4) 960X365

“Pembinaan sepanjang 2,300 kilometer yang merangkumi Sarawak dan Sabah ini pasti membawa perubahan dan pembangunan sosioekonomi berterusan.

“Sejumlah RM12.8 bilion bagi fasa pertama pakej ‘1A’ akan melibatkan jajaran Papar ke Donggongon sepanjang 11.7 kilometer yang akan dinaik taraf kepada empat lorong dua hala.

“Pakej Tawau ke Semporna sepanjang lima kilometer dan Pakej Lahad Datu Baypass tujuh kilometer.

“Pembinaan Lebuh Raya ini akan melalui tiga fasa dan dibina tanpa tol khas,” katanya lagi.

Projek ini pastinya merubah lanskap infrastruktur dan menjadi jaringan perhubungan bandar utama di Sabah seperti Kota Kinabalu, Tuaran, Kudat hingga ke Tawau.

Menurut kenyataan akhbar Kementerian Kerja Raya menjelaskan projek pembinaan lebuh raya ini dijangka siap sebelum 31 Disember 2021.

SF

 

 

 

Tinggalkan komen anda