Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

PRN Sarawak: Adenan Umum 11 Lagi Calon

By 12 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Mohd Baharruddin bin Mohamad (Kuching)

KUCHING, 12 Apr (Malaysiaaktif) – Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem hari ini mengumumkan 11 lagi calon Barisan Nasional yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Pejabat Ketua Menteri, Wisma Bama Malaysia di sini petang tadi.

Enam calon muka baharu daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ialah Datuk Idris Buang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.16 Muara Tuang, Awla Idris calon N.25 Simunjan, Shafiee Ahmad calon N.43 Daro, Datuk Dr. Juanda Jaya calon N.44 Jemoreng Mohd Chee Kadir calon  kerusi baharu, N.40 Kabong dan Jefferson Jamit Unyat calon N.63 Bukit Goram juga bertanding untuk kerusi baharu.

Calon yang akan bertanding atas tiket calon langsung BN di tiga kerusi baharu ialah Miro Simuh bagi N.18 Serembu, John Ilus bagi N.23 Bukit Semuja dan Gerawat Jala calon bagi  N.78 Mulu.

Datuk Abdul Wahab kekal sebagai calon di N.38 Kalaka sementara Datuk Ambrose Belikau pula kekal di N.62 Katibas.

Sementara itu, selepas DUN Sarawak dibubarkan semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas pada Khamis ini untuk membincangkan tarikh penamaan calon dan tarikh pilihan raya.

– SF

Tinggalkan komen anda