Skip to main content
Berita TempatanLabuan

Semai Semangat 1Malaysia Melalui Perayaan Tradisi

By 28 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Sylvia Jocylena Sumping/ Andre Justine Basinau (Labuan)

LABUAN, 28 Apr (Malaysiaktif) – Program Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) menyemai semangat 1 Malaysia dikalangan mahasiswa anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMSKAL.

Program ini merupakan salah satu aktiviti yang diadakan secara berterusan sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Dayak (PKG) bagi memberi peluang kepada semua masyarakat UMSKAL terutama penuntut Bumiputera Sabah dan Sarawak untuk menghargai semangat padi selepas musim menuai berlalu.

Sejajar dengan tema sambutan Kaamatan dan Hari Gawai 2016 iaitu “Keamanan dan Persahabatan” atau dalam bahasa dusun “Pibabasan Om Piombolutan” dan bahasa iban “Pengelikun Menua Serta Kaul Antara Pangan”.

Salah satu objektif program ini adalah untuk memperkenalkan sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai serta kebudayaan masyarakat Sabah dan Sarawak kepada warga UMSKAL, khususnya  kepada mahasiswa yang berasal dari semenanjung Malaysia serta daripada luar negara.

Antara pengisian program adalah pameran, pertandingan bola sepak, pertandingan sugandoi/pekit berlagu. Selain daripada itu acara sukan tradisional juga turut diadakan seperti pertandingan tarik tali, pertandingan konda-kondi, dan pertandingan baling selipar.

Pertandingan ‘Kumang Gawai’ dan ‘Unduk Ngadau’ merupakan acara kemuncak bagi Pesta Kaamatan dan Hari Gawai pada tahun ini.

Program bakal berlangsung pada 14 Mei nanti bermula 7.00 malam, bertempat di Dewan Utama, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan.

Orang ramai turut dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Pesta Kamaatan dan Hari Gawai UMSKAL kali ini.

 

-SH

Tinggalkan komen anda