Skip to main content
Home

Subsektor Kediaman Kekal Unggul

By 19 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 

Oleh : Syed Hisham Shah

PUTRAJAYA, 19 Apr (Malaysiaaktif) – Subsektor harta pertanian mengekalkan kedudukan kedua kepada pasaran keseluruhan dengan 18.4% syer. Sejumlah 66,705 transaksi bernilai RM13.09 bilion direkodkan tahun lalu manakala tahun ini menyaksikan kerancakkan apabila Sarawak dan Terengganu telah mencatatkan 35 transaksi tanah ladang bernilai RM1.31 bilion.

Subsektor kediaman terus mengungguli aktiviti pasaran harta tanah dengan 235,967 transaksi bernilai RM73.47 bilion berjaya dicatatkan sepanjang tempoh kajian.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan,  Datuk Chua Tee Yong, selaras dengan kelembapan pasaran dan sentimen suram isi rumah, pasaran utama menunjukkan reaksi yang agak lemah.

“Bilangan pelancaran baru berkurangan kepada 70,273 unit, turun 19.2% berbanding 86,997 unit pada tahun 2014, manakala prestasi jualan keseluruhan negara adalah 41.4% berbanding 45.4% pada tahun 2014.”

“Pasaran unit kediaman siap dibina merosot apabila lebih banyak unit tidak terjual direkodkan. Sebanyak 11,316 unit kediaman siap dibina tetapi tidak terjual dengan anggaran nilaian sebanyak RM5.90 bilion.” Ujar Chua ketika melancarkan Laporan Pasaran Harta 2015 di Kementerian kewangan di sini siang tadi.

Persekitaran ekonomi dan kewangan akan lebih mencabar pada tahun ini. Empat subsektor prospek yang diberi penekanan iaitu kediaman, harta komersil, harta industri dan harta pertanian.

Subsektor kediaman dijangka mengalami penurunan, dengan isu perumahan mampu milik dan kemampuan pembeli rumah akan terus menjadi agenda utama nasional dengan semua projek perumahan baharu berharga sehingga RM300,000 terhad kepada pembeli rumah kali pertama sahaja.

Sokongan kerajaan melalui pembinaan projek infrastruktur dan rangkaian pengangkutan awam akan terus meletakkan sektor harta tanah pada landasan positif tahun ini.

Sumber Pusat Maklumat Harta tanah Negara (NAPIC)

Sumber Pusat Maklumat Harta tanah Negara (NAPIC)

Tinggalkan komen anda