Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanEkonomiHome

13 Juta Naik Taraf Medan Niaga Satok – Abang Jo

By 1 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan


Oleh Warman WagimanĀ  / Foto:Ā Abdul Hafiz ItamĀ 

KUCHING, 1 Mei (Malaysiaaktif) –Ā 13 juta diperuntukkan oleh kerajaan untukĀ menaik tarafĀ MedanĀ Niaga SatokĀ termasuk gerai makan TembokĀ bagi memberi keselesaanĀ kepada peniaga dan pengguna.

Pembangunan projek yang telahĀ berkembang 70% akan siap sepenuhnya danĀ bolehĀ digunakan pada 22 Julai iniĀ sebagai hadiah kepada rakyat Sarawak.

KontraktorĀ berkaitan juga telahĀ diarahkan agar memastikan semua kerja naik taraf dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.

Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Haji Openg menyatakan demikian kepada media selepas meninjau pembangunan projek berkenaanĀ pagi tadi.

 

1

 

Setelah kerja-kerja naik taraf siap, peniagaĀ gerai makananĀ ā€˜Tembokā€™Ā akan mempunyai ruang yang lebih selesa dan pengunjung akan menikmatiĀ suasana baharu iaituĀ denganĀ pemandangan Sungai Sarawak.

Tambahnya, apabila medan niaga ini berwajah baharu, pastinya akan menjadi daya tarikan baharu kepada industri pelancongan di negeri ini.

“Kerajaan sedang merancang untuk mencari pendekatan terbaik bagi menaik taraf bukan hanya ekonomi negeri malah pendapatan rakyat.

“Apabila semua perancangan berjaya dilaksanakan, dengan infrastuktur yang baik dan selesa akan menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri ini.

ā€œKita akan menghubungkan medan niaga ini dengan menaik taraf pengangkutan air sebagai salah satu tarikan baharu, kerana selain Boyan Gersik dan Waterfront,Ā BentengĀ ini juga bakal berkembang pesat,” ujar beliau.

Terdahulu, Abang Johari merasmikan gotong-royong perdana KRT Datuk Paduka Sitom bersama Surau Darul Uyuun dan JKKK Kampung No 3, Satok.

– SF

Tinggalkan komen anda