Oleh Abdul Razak Zakaria (Hulu Langat)
SERDANG, 19 Mei (Malaysiaaktif) – Penganjuran UPM Innovation Day (IOD) oleh Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia kali ini mempertengahkan inovasi-inovasi baharu di dalam bidang Rekabentuk dan Senibina.
Program berbentuk showcase ini diadakan sempena sambutan 20 tahun Fakulti Rekabentuk dan Senibina dan akan berlangsung pada 24 Mei 2016 di Galeri Serdang, Fakulti Rekabentuk dan Senibina bermula jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang.
Fokus utama penganjuran IOD adalah untuk mempromosikan pengkomersialan teknologi UPM di samping menggalakan perbincangan secara bersemuka antara penyelidik dan pihak industri.Di samping itu bagi membentuk jalinan kerjasama di antara industri dengan universiti dari segi perkhidmatan kepakaran dan konsultansi.
Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Promosi dan Pemasaran Inovasi Putra Science Park, Dr.Mohamad Fakri Zaky Ja’afar, “Dengan penglibatan pihak industri, dapat membantu dalam meningkatkan pengkomersilan teknologi yang ada di universiti”.
“Sehingga kini ,penganjuran UPM IOD telah menunjukkan hasil yang positif dimana Putra Science Park telah berjaya mendapat peluang untuk mengadakan perbincangan pengkomersilan dengan lebih lanjut bersama pihak industri”, ujar beliau.
Bertemakan Prospering Through Art & Desing Innovation, UPM IOD akan mempamerkan 13 innovasi yang dihasilkan oleh Fakulti Rekabentuk dan Senibina.
Antaranya, inovasi E-Site Inventory, He-Pro (Fly Repellent), Speculum, Malaysian Office Building Sustainability Assessment Framework, Table and Chair,Crabby Bench,Froggy Lamp, Modular STP-Improving Water Quality for Economic Prosperity, Intellectual Capability Training Programme,SABSystem, The IBS Foreman, Decoponix dan Homedeco. i-STP,iaitu inovasi yang berkaitan dengan sistem rawatan bagi logi kumbahan bersifat terasing yang mudah dikendalikan dan dipasang khas untuk penempatan yang dibina di atas air seperti perkampungan air di Sabah.
Terdapat juga inovasi MyOBSA-Ops yang berkaitan dengan rangkakerja sistem penilaian kelestarian bangunan pejabat di peringkat operasi, dimana dapat memberi manfaat kepada negara-negara membangun seperti Malaysia.
-DK