Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaViralWilayah Persekutuan

Akrab Digesa Pertahan Imej Perkhidmatan Awam

By 12 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Fauziah Hussain

PUTRAJAYA, 12 Mei (Malaysiaaktif) – Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) digesa menunjukkan teladan baik kepada rakan mereka dan mempertahan perkhidmatan awam.

AKRAB sebagai ‘landasan kepada satu pembangunan’, khususnya perkhidmatan awam, perlu cukup kuat supaya nilai-nilai positif yang ditanam dan diamalkan menjadi panduan ke arah persekitaran kerja dan organisasi sejahtera dan harmoni.

Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Dr Abdul Jalil Hassan berkata demikian dalam Konvensyen dan Majlis Pentauliahan AKRAB Kebangsaan kali ke-7 hari ini di Auditorium Kementerian Dalam Negeri anjuran bersama Majlis Akrab Kebangsaan (MAK), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurut beliau lagi, membantu dan membimbing rakan sekerja yang menjadi asas dan tanggungjawab AKRAB adalah cukup besar. Di samping tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan peraturan perkhidmatan awam dan kehendak organisasi, mereka seharusnya menegah perkara negatif dan menunjuk jalan lurus kepada rakan mereka supaya tidak menyimpang daripada perkara bertentangan.

Setiausaha MAK, Mohd Afendi Zakaria ketika ditemui menyifatkan program ini memperlihatkan perkembangan AKRAB yang lebih gemilang kerana penyertaan melebihi sasaran, iaitu 1,600 orang.  Keahlian AKRAB selepas 10 tahun pewujudan rasminya telah mencecah lebih 10,000 orang berbanding 1.6 juta penjawat awam seluruh negara.

Menurutnya lagi, program dua hari ini bertujuan mengumpul ahli AKRAB berkongsi pengalaman tentang ilmu khidmat bimbingan di samping menjadi medium menghargai ahli akrab melalui penganugerahan yang disediakan.

Hari pertama program menyaksikan  lebih 300 orang ahli AKRAB menerima sijil pentauliahan daripada Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi JPA, Dr Abdul Jalil Hassan.

Antara pengisian program termasuk taklimat, forum ‘Melakar Kegembiraan, Prestasi Diungguli’ dan pameran 10 kaunter dari Jabatan dan Agensi kerajaan ,seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA), MAK dan KDN.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi, akan menyampaikan anugerah kepada penerima AKRAB bagi Kategori Individu dan Organisasi pada hari kedua program ini esok

 

 -AAS

Tinggalkan komen anda