Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHomeLabuanViralWilayah Persekutuan

‘Best of Labuan Holiday Packages 2016’ Dilancarkan

By 12 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Sylvia Jocylena Sumping (Labuan) / Foto: Jeffrey Nian

LABUAN, 12 Mei (Malaysiaktif) –? Sebanyak 16 pakej percutian bagi mempromosikan Labuan disediakan oleh Pelancongan Malaysia untuk membantu pembangunan ekonomi pulau ini.

Pakej Best of Labuan Holiday Packages 2016’ dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Domestik) Pelancongan Malaysia, Chong Yoke Har di sini, hari ini.

Pembangunan pakej ini hasil kerjasama Tourism Malaysia Sabah dengan empat agensi pelancongan yang terdiri daripada LGM Tour & Travel Sdn. Bhd., Borneo Star Dive Sdn. Bhd., Destination Borneo Sdn. Bhd, dan Jiwaja Rent A Car Sdn. Bhd,” kata Chong semasa berucap dalam majlis pelancaran tersebut.

“Antara  yang ditawarkan termasuk menyelam di terumbu karang di Taman Laut, menyelam di tapak kapal karam Perang Dunia Ke-2 dan 1980-an, meneroka terowong lombong arang batu, dan membeli belah di pasar Labuan serta kedai-kedai bebas cukai,” jelasnya.

Beliau turut mengulas, pakej ‘Dive Our WWII & 1980’s Shipwrecks’ menawarkan aktiviti menyelam di empat tapak kapal karam yang terdiri daripada American wreck, Australian wreck, Cement wreck, dan Blue Water wreck dengan harga bermula dari RM408 seorang untuk minimum empat orang.

Pakej ‘Trail & Trek Tanjung Kubong’ ialah untuk meneroka terowong lombong arang batu abad ke-18 di Tanjung Kubong, mengelilingi pulau dan membeli-belah barangan bebas cukai. Pakej tiga hari dua malam ini bermula pada harga RM658 seorang (minimum empat orang), sementara pakej dua hari satu malam ‘Battlefield’ yang bermula dengan harga RM718 seorang (minimum dua orang) menawarkan lawatan sejarah perang bersama jurupandu ke tapak-tapak peperangan, Brown Beach, Sekolah St. Anne’s, Pitch 1 dan Pitch 2, Tapak Penyerahan dan Tugu Perang Dunia Ke-2.

Selain itu, turut ditawarkan Pakej tiga hari dua malam ’Par-Fect Experience At LIGC’ bagi penggemar golf di Kelab Golf Antarabangsa Labuan yang dibuka pada 2013. pakej berharga RM748 seorang dengan minimum dua orang.

Pakej ‘Island Hoping Fun Tastic’ pula menjanjikan pengalaman ‘snorkelling’ di Taman Laut Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Kecil, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Papan. Harga pakej sehari ini bermula dart RM1,208 seorang dengan minimum 12  orang.

Bagi memantapkan lagi usaha ini, Pelancongan Malaysia telah menyewa khas enam penerbangan bagi membawa pelancong dari China melawat Labuan bermula pada 15 Julai tahun lalu.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda