
Oleh Nor Fadzlina Ahmad Fadzli / Mohd Idris Deraman
GUA MUSANG,12 Mei (MalaysiaAktif) — Kecuaian perokok membuang puntung sesuka hati punca kebakaran kawasan belukar di kawasan Bandar Baharu Gua Musang semalam.
Kejadian yang berlaku berhampiran sebuah stesen minyak Shell lama pada kira-kira pukul 2.00 petang itu dilaporkan kepada pihak Bomba dan Penyelamat yang kemudian menghantar sebuah jentera bersama empat orang anggota.
Menurut Pegawai Penyelia Balai Bomba Gua Musang, Zawawi Yusoff, pihaknya menerima panggilan orang awam pada pukul 2.06 petang. Bagaimana pun, setelah mendapati api sukar dikawal dengan tenaga yang berada di lokasi, beliau memanggil bantuan empat lagi anggota bersama sebuah jentera tangki.
Keluasan kebakaran dianggarkan sekitar 60 x 80 meter persegi dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada kira-kira pukul 4.00 petang.