Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPahangViral

Ops Gempur: Duda Bawa Dua Anak Ketika Tagih Dadah

By 31 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Emran Ismail / Mohamad Azree / Foto :  Che Nor Ismail

RAUB, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Seorang duda didapati membawa dua orang anaknya untuk melepaskan gian di Felda Tersang di sini. Semasa tangkapan dilakukan dua anaknya yang berada di atas pangkuannya itu tidak mahu dilepaskan walaupun dicuba oleh anggota-anggota pihak berkuasa.

WhatsApp-Image-20160531 (8)

Kejadian ini berlaku semasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pahang melancarkan Ops Gempur di Felda Tersang 1,2 dan 3 semalam.

Dalam operasi yang membabitkan seramai 39 ini sebanyak 42 orang yang disyaki penagih berjaya ditangkap. Operasi bermula pada pukul 5.00 pagi dan berakhir sepenuhnya pada pukul 7.00 malam.

Hasil ujian saringan air kencing, seramai tiga orang positif dadah jenis methamphetamine, 22 orang positif opiate yang diletakkan di bawah Seksyen 3(1), Seksyen 6(3) dan Seksyen 8(3)a Akta Penagih dadah.

WhatsApp-Image-20160531 (5)

Sasaran operasi termasuk kawasan  perumahan, ladang kelapa sawit dan juga kawasan belukar di Felda Tersang 1, 2 dan 3, serta beberapa lokasi sarang penagih yang dikenal pasti di kawasan berkenaan. Ketua Unit Risikan Operasi dan Siasatan AADK Negeri Pahang, Zulkipli Muhammad yang mengetuai operasiberkata tindakan diambil berikutan aduan orang ramai tentang aktiviti penyalahgunaan dadah di kjawasan-kawasan tersebut. Penagih dadah yang ditangkap berumur antara 24 tahun hingga 40 tahun.

WhatsApp-Image-20160531 (2)

Menurutnya Zulkipli, sepanjang siri operasi yang bermula dari Januari hingga Mei 2016, sebanyak 624 kes melibatkan penagih baharu dan  penagih tegar.

Perangi dadah habis-habisan 2016 adalah agenda utama kerajaan dalam membasmi penyalahgunaan dadah di Malaysia. Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi telah mengisytiharkan 2016 sebagai tahun memerangi dadah secara besar-besaran oleh semua agensi berkaitan, seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM).

 

-MRR/AAS

Tinggalkan komen anda