Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahangViral

Gotong Royong Perdana Semai Perpaduan

By 22 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh : Abd Razak bin Haji Ismail

Kuantan 21 Mei (Malaysiaaktif) – Lebih 100 orang penduduk Taman Permatang Badak Baru, Bukit Rangin, Kuantan menjayakan Gotong Royong Perdana di sini. Gotong royong yang dianjurkan Kelab Rukun Tertangga (KRT) taman ini mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Kuantan, Alam Flora, SWCORP, PAIP, Roadcare, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota, peniaga gerai, belia, dan penduduk tempatan.

Aktiviti yang dilakukan adalah membersih sampah sarap dalam longkang, memangkas dahan pokok yang menghalang lalu-lintas, membuang poster iklan yang ‘luput tarikh,’ dan sebagainya.

Selain lori pengangkut sampah, peralatan lain yang digunakan ialah mesin pemangkas dahan, dan penghancur dahan pokok (shredder machine atau woodchipper machine).

Menurut pengerusi jawatankuasa penganjur gotong royong Tan Bin Ibrahim, program ini diadakan kerana dahan-dahan pokok semakin membesar telah menghalang lalu lintas dan berbahaya kepada orang ramai yang menggunakan jalan tersebut jika terdapat kejadian ribut.
Selain itu, Tan berkata, acara yang dirasmikan ADUN Panching, Dato’ Mohd Zaili Bin Haji Besar seperti ini dapat menjadi platform menyatupadukan masyarakat dan membina sikap peduli dengan persekitaran mereka sendiri.

Ini kerana selama ini, terdapat sesetengah penduduk yang tidak memperdulikan sampah sarap di dalam longkang yang tersumbat dan menjadi punca banjir kilat. Iklan-iklan haram dan melepasi tarikh juga menyakitkan mata memandang.

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda