Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurWilayah Persekutuan

Hari Teknologi Hijau Didik Pelajar Cintai Alam Sekitar

By 27 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Suria Karim dan N. Rajeswari

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Malaysiaaktif) – “Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, pendedahan awal berkaitan penjagaan alam sekitar berpandukan amalan 3R (Reuse, Reduce, Recycle) dalam kalangan pelajar adalah amat bermanfaat”.

Demikian dinyatakan oleh wakil Jabatan Penerangan WP Kuala Lumpur (JaPen WPKL), Tengku Norliza Tengku Yahya ketika berucap merasmikan Hari Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Pandan, Rabu lepas.

“Semangat menghargai alam sekitar perlu dipupuk dari kecil, malah program sebegini dapat meningkatkan kerjasama di antara masyarakat dan jabatan”, ujarnya lagi.

Program ini adalah hasil kerjasama SK Desa Pandan yang merupakan sekolah angkat JaPen WPKL dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KETTHA) sempena Hari Teknologi Hijau dan Alam Sekitar.

Antara pengisian yang telah diatur termasuk ceramah alam sekitar dan acara pertandingan seperti pertandingan pengucapan awam, menulis esei, mewarna dan melukis poster, bercerita, mendeklamasi sajak dan pertandingan 3D. Selain itu juga, pertandingan ‘storytelling, public speaking, essay writing and poetry competition’ dalam Bahasa Inggeris turut diadakan.

hariteknologihijau2

Selain meningkatkan rasa cinta kepada alam semula jadi, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan usaha memelihara alam sekitar dengan langkah-langkah kitar semula.

Program ini diakhiri dengan Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang dan telah dihadiri 150 orang pelajar, termasuk dari sekolah kluster dan sekolah berhampiran SK Desa Pandan. Turut hadir adalah wakil KETTHA, Eparizan Mansor.

 

-DK

Tinggalkan komen anda